::langkawi trips::

May 14th, 2008 by nidza81

cuti ari tu aku dan famili pg ke langkawi. 4 hari 3 mlm. kiranya cuti sakan lah ni. hari pertama, turun flight trus check in hotel helang.

hari kedua, pg underwater world, bwk harris tgk "fish". he is very excited. then, pg jln2 kat pantai chenang. survey tmpt makan seafood for next day. malam tu suppose jemput hafiz and wife at airport. tapi dierorg missed flight. they will arrive tomorrow morning. then kiterong pg jejln kat langkawi shopping complex. abg mcm x percaya bila tgk harga keta yg betul2 murah kat situ. "yg, kiter tinggal kat sini nak?" gara2 nakkan lancer dia.

esok hari, hafiz and wife sampai. terus pg makam mahsuri, beras terbakar dan kedai duty free. shopping sakan. hehehe. balik rehat sbb harris keletihan. malam tu pg makan seafood kat bukit malut. mmg sedap dan murah.

last day, kiterorg wat marathon. pagi2 pg jeti naik bot keliling langkawi. sepjg jln harris tido dgn nyenyaknya sbb angin laut. pg pulau dyg bunting, pulau singa kecil dan pulau pantai basah.

habiskan separuh hari wat keliling pulau tu. lps tu pg pulak naik keta cable. tinggi dan sejuk.

sebelum balik sempat lg pg duty free shop. beli lagi apa yg patut.

check-in flight and wait until flight come. jumpa dr.sms. hensemnya….bestnya bercuti…thanks abg…syg abg…

::U:S:I:A::

March 20th, 2008 by nidza81

hari ni genap usia 27 tahun…masih lg dlm lingkungan 20-an…hehehe…kali ke 3 sambut dgn abg…kali pertama sambut dgn harris…terima kasih abg hadiah tu…byk memori akan disimpan…

dah lama x tulis blog…memanjang bz dgn famili…skrg harris dah pandai duduk,pandai meniarap dan melawat sekitar kwsn ruang tamu umah nenek dier, opah dier dan umah dier skali…penat nak berkejar hero sorang ni…suma puji dier sbb baik…alhamdullillah…tu suma doa…amin…

lg 2 minggu dier akan 8 bulan…hopefully dier akan pandai merangkak…tulah permata hati umi dan ayah…

::h.a.p.p.y.n.e.w.y.e.a.r::2.0.0.8::

December 30th, 2007 by nidza81

happy new year to all my frens..lagi beberapa jam kiter kan berpindah tahun..bertambah umur..azam 2007 dah tercapai ker? rasanya belum lagi..nak ditambah lagi azam wat 2008.

nak jadi umi dan isteri yg solehah

nak blaja lagi

nak gaji tinggi lagi

nak beli keta baru lagi

nak survey umah, x nak tinggi2 lagi

apa lagi? rasanya mampu kot wat mcm ni dulu

hubby kata nak baby tahun baru..yg tuh azam dier..tak dimasukkan dlm azam aku tahun depan..

::Si Harris::

November 22nd, 2007 by nidza81

Harris nak masuk 4 bulan next month..skejap betul..skrg ni lasak sungguh buli umi dier..pnat..smpai umi dier demam2..dier dh pandai nak berborak..gelak..dan kuat nagis mcm umi dier..dah pandai nak bangunkan badan dier nak suruh org lain dukung dier..setakat ni meniarap tu belum lagi..cuma dah pandai golek-golek..kejap ke utara..kejap ke timur..tuh yg ditakutkan lagi-lagi tido malam..takut dier jatuh dari katil sbb dier tido dkt umi dier..bukannya katil baby xder..cuma dier selesa mcm tuh..umi dier pun selesa harris tido dgn dier..hahaha..harris dh bertambah besar..dh tentulah makin membesar..baju dier pun mcm dah xmuat..skrg ni umi dier sibuk memanjang..nak dekat peksa..intake baru..mcm2 lagi lah..penat..hem…kjap jugak nak akhir tahun..apa ek azam tahun depan?

yaaahhh..nanti kiter pg beli baju harris sesama yer..umi harris punya xder ker?

::Petua orang dulu utk orang skrg::

September 25th, 2007 by nidza81

untuk berkongsi sesama..masa aku berpantang dulu, bidan yg urut aku tu ajar ikat rambut ketat2 atau sanggulkan dan letak paku kat rambut yg dh kemas tu..utk jauhkan benda2 halus yg suka org lepas bersalin ni..kaki kat pergelangan tu diikatnya benang 5 warna utk elakkan bentan..kalo mandi 2 biar mandi air panas pagi dan petang..basuh rambut tu..kena berbengkung 24jam letaknya bedak param agar perut cantik balik..pastu letak bawang putih dgn telinga atau sentiasa ada bawah bantal masa tidur..kat baby lak letaklah cermin,gunting dgn bawang bawah bantal..tak lupa yassin..bak kata org tua..baby tu bunga..benda2 halus ni suka sgt..kalo makan tu lagilah kena berpantang..asyik kena makan lada hitam jer..ayam..langsung xleh sentuh..

lepas pantang dh abis kalo nak bwk baby balik umah sendiri..sebelum tu asapkan umah dgn bakar sedikit sabut kelapa,kulit bawang putih, bawang merah dgn sedkit cili kering..bg benda2 yg xpatut ada kat umah kiter tu kuar..kalo nak bwk dier berjalan2 baca surah ikhlas..tiup kat ubun kepala dia. erm…macam2 kan tapi ada juga kebenarannya..nak caya sgt pun xleh..mayb secara kebetulan..yg penting ingat Allah s.w.t…

nanti kalo ada lagi yg boleh dikongsi bersama aku ulis lagi erk…

::R.A.M.A.D.A.N::

September 17th, 2007 by nidza81

rasanya masih belum terlewat utk mengucapkan slamat berpuasa..aku skrg dah abis pantang..rasanya dalam beberapa hari ni aku boleh menunaikan puasa tahun ni..dah boleh makan macam-macam..hehehe..tapi mak kata teruskan pantang lagi..hem..badan aku bertambah susut..aset aku bertambah kecik..ooppss..mungkin sbb masih menyusukan harris..alhamdullillah..puasa ni begitu bermakna sbb kali kedua sambutnya dengan hubby dan kali pertama dgn harris..dier biler org lain bersahur dier pun sibuk bersahur..berkejar lah aku..sbb dier kureng skit kesabarannya biler nak menyusu..tahun ni juga bermakna biler raya tahun ni kami beraya bertiga..baju raya dier xsibuk sgt nak membeli sbb still baby dan byk gift yg belum dipakai lagi..tapi yang sedihnya biler arwah nek dah xder..tahun ni kami sekeluarga beraya tanpa dier..xder rendang tok dier..ayam percik dier dan nasi beriani dier..abah dah tentunya rindukan karipap daging dier..rindu rasanya biler ramadan ni asyik teringat kat dier lagi2 harijadi dier hujung bulan ni..

semoga nek ditempatkan dlm golongan ahli syurga…amin… (penah mimpi muka nek berseri2 masa dier nk ninggal dulu)

::Congrat 4 new born babies::

September 6th, 2007 by nidza81

Congrat to Yieng Sing (hopefully this not too late to wishing her, got twins baby gurl)—-> same date with me (3 Aug).

Dina, & baby Nayla Najiha (5 Aug).

Fuziana & her baby boy (15 Aug).

Fazrina & her baby Hareth (5 Sept).

and lastly to my goodfriend, Juriah & Hisham with their baby boy. (ooo…finally know your baby gender.)

Banyak sangat baby yg same age with Harris like my sister-in-law, my sister cousin (soon), my friends, Zulied, Farah & Liza, & also my officemates.

Mentang2lah tahun ni yg ke-50 tahun merdeka. (ada kena-mengena ker?)

::1 bulan dah::

September 3rd, 2007 by nidza81

hari ni harris dah 1 bulan..muka dah naik tembam..kaki dgn tangan pun dah berisi..bulat-bulat..geram..selalu kena gigit dgn umi dier..mulut dier bertambah chomel..sbb dier pandai wat mulut "o"..dan selalu wat bunyi-bunyi..umi dier geram lalu bertalu2 cium mulut dier..hehehe..harris skrg ni pandai berdiri..nenek dier kata kaki dier ni kuat dah..dah besar nanti mesti pandai main bola sepak..mcm2 lah kepakaran dier..nak menyusu badan pun dah pandai mencari sendiri pastu bg signal mulut "o" dier tu..pandai senyum..pandai besarkan mata..pandai menangis..tang tu umi dier langsung xberkenan..lagi2 biler nak menyusu..tak sabar2..selalu gak kena marah dgn nenek dier..tapi dier wat dek jer..wat blur mcm ayah dier..hehehe..tak sangkakan..dah 1 bulan usia anak aku..sekejap je dah besar..

::ulangtahun pertama::

September 2nd, 2007 by nidza81

alhamdullillah…kini dah setahun aku bergelar isteri pada suami aku…macam-macam hal pahit dan manis terpaksa ditempuhi…bak kata orang lumrah dan asam garam dunia perkahwinan…aku x dapat idea nak belikan my hubby apa sbb still dlm pantang…kalo x dah lama pg mall shopping…abang…thanks 4 evertythings…harap ikatan ini kekal selamanya…syg abg…

::MERDEKA::

August 31st, 2007 by nidza81

rasanya masih belum terlmbt utk aku ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-50 pada semua.aku menyambutnya kat ghumah jer sbb masih lg dlm pantang.kebetulan baby harris xsedap badan.dia pun nymbut merdeka gak.apa taknya, pukul 4 pagi baru dia dapat tido dgn lena.asyik nangis jer.satu famili xleh tido sbb risaukan dia.alhamdullillah pagi tu dia ok skit.sukalah wat umi dgn ayah dier risau.ari ni gak dier dah 4 minggu.tapi belum lagi sebln.sekejap jer.aku ni dah kira merdeka ler sbb dah selamat bersalin tapi belum merdeka sepenuhnya sbb perjalanan hidup aku (fasa ke2) baru jer bermula.doakan aku dapat harunginya nyer.gambar harris 1 bulan nanti akan aku letakkan dalam friendster ni nanti.sekejap jer aku dah nak sebulan jd umi.semoga kemerdekaan kali ini memberi erti pada semua.